Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Kalah kepada Perak FA, ketua jurulatih gesa JDT II tonjol prestasi tinggi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-ii_1.jpg
Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Josep Ferre, menuntut anak buahnya agar sentiasa mempamerkan permainan di tahap tertinggi. 

Hasrat itu disuarakan selepas JDT II tumbang 1-2 kepada Perak FA di Pasir Gudang malam tadi dan Ferre mahu pemain-pemainnya segera mengubah mentaliti mereka menjelang aksi kelima Liga A1 Semi-Pro bertemu Machan FC, Jumaat depan. 

“Perlawanan menentang Machan FC ini perlu dimenangi dan pemain perlu ingat, mereka bukan lagi bermain dalam liga yang dibarisi pemain B-23 tetapi turut dibarisi pemain senior dan juga pemain import.




“Oleh itu, mereka perlu beraksi di tahap tertinggi bagi memastikan kejayaan pasukan,” katanya.

Mengulas kekalahan kepada Perak FA itu, Ferra kesal dengan sepakan percuma yang menghasilkan jaringan kemenangan pelawat melalui penyudah Muhammad Fadhil Mohammad Azmi pada awal babak kedua. 

"Mmang sukar ketika berdepan dengan pasukan yang mengamalkan corak permainan bertahan dengan meletakkan sembilan hingga 10 pemain,” katanya lagi. 

 
Football

Jersi JDT Terbaru

Dapatkan jersi JDT original sekarang


Stok terhad!

Advertisement

Must Watch Video