Ketua jurulatih Imigresen II, Azlan Ahmad, menegaskan mereka bakal turun dengan misi wajib menang ketika aksi kedua Liga A1 Semi Pro menentang Armed Forces.
Dia menggesa pasukannya memanfaatkan sebaik mungkin peluang beraksi di laman sendiri, Stadium UPM, Serdang dalam misi memburu kemenangan sulung musim ini selepas seri bertemu Manjung City Sabtu lalu.
"Persiapan pasukan berjalan lancar, diharap apa yang telah diusaha dalam sesi latihan mampu diterjemah dalam perlawanan sebenar," katanya.
Kapten Imigresen II, Hafiz Kamal, pula mengingatkan pasukannya agar berwaspada dengan cabaran yang bakal ditampilkan Armed Forces, terutamanya selepas lawan mereka itu mencatat kemenangan besar 4-0 dalam aksi pembukaan minggu lalu.
"Pemain baru dan lama mula mendapatkan keserasian dan kami akan cuba menggunakan pendekatan jurulatih bagi memperoleh kemenangan pertama," ujarnya.