Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1: Kelantan terlepas tiga mata pertama diikat Perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak-vs-kelantan.jpg
Kelantan Red Warrior (KRW) terlepas peluang untuk meraih tiga mata pertama musim ini apabila diikat Perak 1-1 dalam perlawanan Liga A1 Semi-Pro di Kompleks Bolasepak Perak, Ipoh sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, Red Warrior terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan sepakan penalti Emmanuel Mbarga seawal minit ke-16.

Bagaimanapun, mereka gagal mengekang kebangkitan lawan dalam separuh masa kedua, di mana Christian Chukwu menjaringkan gol penyamaan Perak pada minit ke-70, juga menerusi sepakan penalti.

Dengan keputusan itu, KRW kini menduduki tangga ke-13 liga dengan tiga mata selepas lima perlawanan manakala Perak pula di tangga keempat dengan 11 mata.

Kedua-dua pasukan berkenaan masih memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video