Ketua jurulatih Malaysian University Football Team (MUFT), Ridzuan Abu Shah, menggesa pasukannya memanfaatkan peluang beraksi di pentas Piala fa 2024/2025 dengan sebaik mungkin.
Ridzuan percaya meskipun hadir sebagai pasukan bukan pilihan atau 'underdog', ianya bukanlah halangan untuk MUFT lakar kejutan dalam penampilan sulung mereka.
Dia dalam perkembangan sama menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah berkenaan tempoh lanjutan pendaftaran pemain yang diberikan Amateur Football League (AFL) kepada lapan pasukan yang bakal beraksi dalam saingan Liga A1 Semi Pro MBSM Bank Championship 2024/2025.
Jelsnya, MUFT sudah melengkapkan pemain sejak Mac lalu dan kini sedang dalam persiapan fasa akhir menjelang sepak mula liga yang dijadualkan buka tirai Jun depan.
"Saya bersyukur dapat beraksa buat julung kali tahun ini. Di kalangan pemain pelajar universiti ini ada yang mempunyai bakat yang akan kami pamerkan di Piala FA.
"Jika layak ke pusingan kedua ia adalah bonus buat pasukan ini.
"Ketika ini masih tiada masalah dengan tarikh yang sudah diumumkan oleh badan induk. Jadi kita sedang menyediakan pasukan sejak dari bulan Febuari lagi.
"Dari segi persediaan, saya lihat banyak pasukan yang sedang membuat persediaan dan itu bagus. Jika ada yang mengatakan pasukan universiti ini adalah pelengkap sahaja maka mereka silap." katanya kepada Nadi Arena.
Saufi Tahir
Fri May 17 2024