Robert Lewandowski percaya dia baru sahaja berada di tahap terbaiknya dalam usaha untuk membantu Poland kembali ke zaman kegemilangan dalam saingan Piala Dunia.
Poland akan membuka kempen di Russia dengan aksi berdepan Senegal di Moscow, esok -- dengan Lewandowski akhirnya melangkah ke saingan tertinggi bola sepak selepas gagal melakukannya pada 2010 dan 2014.
Bagaimanapun, saingan sukar menantinya dalam Piala Dunia ini, dengan bekas bintang Borussia Dortmund itu berasakan kejohanan ini hadir tepat pada masanya.
"Saya memiliki perancangan untuk beraksi di tahap tertinggi sekurang-kuranganya hingga saya berusia 35 tahun," katanya.
"Saya berasakan baru sahaja memasuki tahap terbaik sebagai seorang penyerang. Saya lebih matang dan memiliki pengalaman yang banyak.
"Saya akan cuba bermain di Eropah selama yang mungkin," ujarnya.
Kembalinya Poland ke saingan Piala Dunia, Lewandowski berharap dapat mengulangi kejayaan pasukan yang menamatkan saingan di tempat ketiga sementara Grzegorz Lato menjaringkan tujuh gol dalam edisi 1974.
"Masa sudah berubah. Sukar untuk menjaringkan tujuh gol tetapi ia sesuatu yang tidak mustahil.
"Lima atau enam gol adalah bilangan yang lebih realistik dengan peningkatan tahap permainan bola sepak pada masa kini. Dua tahun lalu dalam saingan Euro 2016, saya hanya memiliki dua atau tiga peluang dan menjaringkan satu daripadanya.
"Pertahanan lawan memberikan tumpuan yang tinggi terhadap saya dan ia akan berulang di Russia."