Robert Lewandowski digesa untuk memberikan fokus kepada Bayern Munich oleh pengendali, Jupp Heynckes, selepas terdapat laporan mengenai perpindahannya ke Real Madrid pada penghujung musim ini.
Masa depan Lewandowski bersama Bayern menjadi perbualaan utama dalam beberapa minggu ini selepas dia melantik Pini Zahavi sebagai ejen terbarunya.
Zahavi dilaporkan terlibat dalam membantu perpindahan termahal dunia Neymar daripada Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) tahun lalu dan terdapat desas-desus yang menyatakan pemain kebangsaan Poland itu mahu meninggalkan Allianz Arena.
Real telah dikaitkan dengan penyerang itu selepas gagal mempamerkan aksi cemerlang musim ini dengan Karim Benzema sekadar menjaringkan empat gol dalam 20 penampilan.
Bagaimanapun, Bayern kekal dalam landasan terbaik untuk menjuarai saingan domestik dan Eropah pada musim ini, dengan Heynckes berharap penyerang berusia 29 tahun itu masih lagi memberikan tumpuan kepada pasukan.
"Lewandowski seharusnya memberikan tumpuan kepada Bayern," kata Heynckes.
"Dia merupakan salah seorang pemain yang berbisa dalam posisinya. Bayern adalah pasukan yang istimewa dalam saingan peringkat Eropah.
"Saya tidak pasti perpindahan ke Real adalah satu spekulasi atau impiannya Saya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya.
"Jika saya seorang pemain, saya akan kekal bersama Bayern. Ini adalah pasukan terbaik," ujarnya.