Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Lewandowski beri ucapan perpisahan buat penyokong Bayern Munich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lewandowski.jpg
Robert Lewandowski mengirimkan satu ucapan selamat tinggal buat penyokong Bayern Munich selepas sah akan melengkapkan perpindahannya ke Barcelona.

Pemain kebangsaan Poland itu dijangka akan menandatangani kontrak empat tahun di Camp Nou, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya di Sabener Strasse.

Pemenang dua kali Anugerah Kasut Emas Eropah itu meluahkan keinginannya untuk meninggalkan Bayern selepas satu rundingan panjang menjelang tarikh luput kontraknya pada penghujung musim ini.

Pemain berusia 33 tahun itu dijangka akan menyertai skuad Barcelona bagi aksi jelajah pramusim di Amerika Syarikat dan dia mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal dan berterima kasih kepada Bayern, di mana dia memenangi kesemua gelaran Bundesliga sepanjang lapan musim di Munich selain satu gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Piala Dunia Kelab.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Robert Lewandowski (@_rl9)


"Saya mahu berterima kasih kepada rakan sepasukan, pegawai, pengurusan kelab dan semua yang sentiasa menyokong saya dan menjadikan kejayaan kita menjulang trofi buat FC Bayern sebagai kenyataan," tulis Lewandowski dalam satu kiriman Instagram.

"Saya berbangga dengan apa yang telah kita capai bersama. Yang paling penting, saya mehu berterima kasih kepada penyokong kerana andalah yang menjadikan FC Bayern sebagai sebuah kelab yang istimewa.

"Saya bertuah dapat menghabiskan lapan tahun yang hebat dengan kelab ini dan penyokongnya dan ia akan kekal di hati saya selamanya," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video