Skip to main content

Bola Sepak

Legenda JDT, Harimau Malaya kini layak jadi pembantu jurulatih

aidil.jpg
Bekas ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Razak, secara rasminya layak menjadi pembantu jurulatih dalam kancah Liga Super selepas tamat Kursus Kejurulatihan Diploma B di bawah seliaan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bola sepak sentiasa sebati dengan kehidupan legenda Harimau Malaya itu, namun tampil dengan misi berbeza. 

Kini, bekas tonggak Negeri Sembilan itu akan mencurahkan ilmu melahirkan bakat baharu di Malaysia.

Sebelum ini, Aidil bertindak selaku pegawai pasukan membantu barisan kejurulatihan JDT selepas mengumumkan persaraan sebagai pemain. 




Di samping bersama skuad kendalian Xisco Munoz, pemenang 10 kali berturut-turut Liga Super itu juga merupakan individu penting skuad kebangsaan dengan menyediakan khidmat kepada Peter Cklamovski. 

Untuk rekod, Aidil merekodkan 98 kaps bersama pasukan negara dan berada selama satu dekad mendominasi saingan tempatan bersama Harimau Selatan mengecapi semua gelaran domestik. 
 

Advertisement

Must Watch Video