Bola sepak Kedah dan zaman kegemilangan merangkul kejuaraan treble (Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia) sukar dipisahkan.
Kerinduan kepada skuad emas Sang Kenari itu bakal terubat menerusi perlawanan persahabatan yang akan menemukan pasukan 'double treble' Kedah menentang Legenda Malaysia.
Ia sesuatu yang dirindui selepas bola sepak Kedah sedang berdepan zaman tidak menentu.
Selain bintang tempatan seperti Ahmad Fauzi Shaari, Khyril Muhymeen Zambri dan Baddrol Bakhtiar, kehadiran tiga bekas import sensasi, Marlon Alex James, Cornelius Huggins dan Nelson San Martin, dijangka menjadi tarikan utama penyokong tegar Hijau Kuning untuk kembali ke Stadium Darulaman.
Dengan menampilkan Datuk K. Rajagobal selaku jurulatih, Zaquan Adha Abd Razak, Farizal Marlias, Amri Yahyah, Azamuddin Akil, antara yang akan membarisi skuad Harimau Malaya.
Perlawanan akan berlangsung pada 10 Oktober depan.
"Yang sukarnya ialah untuk mengumpulkan bekas pemain kebangsaan atas faktor umur dan sebagainya.
"Bertemu bekas skuad terhebat Kedah ini bukan calang-calang pasukan.
"Kami bukan sengaja datang untuk kalah.
"Sekurang-kurangnya kami mahu menghiburkan penyokong yang hadir," kata Zaquan Adha di Nadi Arena.
Dapatkan Sekarang

Gegar Stadium Dengan Warna Negara
Sama macam legenda di padang, sokongan anda lebih bermakna bila pakai Harimau Malaya jersey.
Dapatkan Sekarang