Ezgjan Alioski menghangatkan kembali perseteruan di antara Leeds United dan Manchester United dengan melabel pendahulu Liga Kejuaraan itu mampu membenam pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer berkenaan.
Leeds bakal menghadapi Arsenal dalam pusingan ketiga Piala FA, awal pagi Selasa ini.
Sehubungan itu, Alioski ditanya sama ada mereka boleh memberi saingan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila bakal berdepan sebuah pasukan yang telah mengalahkan The Red Devils itu 2-0 pertengahan minggu ini.
Pandangan pemain antarabangsa Macedonia itu akan menjadi tonik buat penyokong setia Leeds bagi mengimbau kejayaan 10 tahun lalu, yang menyaksikan mereka merakamkan kemenangan 1-0 dalam pertembungan Piala FA di Old Trafford.
Pemain berumur 27 tahun itu memberitahu wartawan bahawa pencapaian Arteta yang mengalahkan barisan pemain Solskjaer itu menyemarakkan semangatnya dengan berkata: "Sudah tentu, saya melihat keputusan perlawanan mereka menentang Manchester United.
"Tetapi (berdasarkan prestasi) Manchester United tahun ini, kami juga mampu mengalahkan mereka."
Alioski berkata kejayaan kembali ke kancah Liga Perdana selepas 16 tahun akan memulihkan status Leeds sebagai salah sebuah kelab utama di England sambil menggariskan komitmen rakan sepasukannya kepada falsafah yang diterapkan pengurus, Marcelo Bielsa.
Bekas pengurus Argentina, Chile dan Marseille itu telah menerapkan permainan menarik di Elland Road, justeru Alioski menghargai sumbangan pengurus berusia 64 tahun berkenaan.
"Jika kami beraksi dalam Liga Perdana, Leeds akan menjadi salah sebuah kelab terbesar," kata Alioski.
"Satu-satunya perbezaannya ialah (Arsenal) beraksi dalam Liga Perdana dan kami dalam Liga Kejuaraan.
"Kami akan turun beraksi dengan mempamerkan falsafah permainan yang dikehendaki Marcelo Bielsa. Sejak dia tiba, Marcelo Bielsa membuatkan Leeds kembali memasang impian.
"Saya tiba di sini dua setengah tahun yang lalu. Sebahagian besar pemain yang sama masih ada di sini, Marcelo Bielsa mengekalkan pasukan yang sama dan semua orang dapat melihat perubahan yang dilaksanakannya di Leeds dan bagaimana kami bertambah baik dengannya."
Editor: Shaiful Shamsudin