Sorakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras bukan sekadar bunyi, tetapi lambang kesetiaan yang tidak pernah pudar.
Walaupun wujud gesaan memboikot perlawanan, ribuan penyokong tetap hadir memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya ketika berdepan Laos.
Kehadiran mereka membuktikan bahawa cinta kepada lencana di dada mengatasi segala perbezaan pendapat.
Dalam bola sepak, pemain datang dan pergi, jurulatih bertukar, namun penyokong setia akan terus berdiri di belakang pasukan kebangsaan.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memenuhi Stadium KLFA Cheras dengan semangat serta harapan. Cheras menjadi saksi bahawa Harimau Malaya tidak pernah bersendirian.
Teruskan melangkah, teruskan berjuang. Apa jua cabaran yang mendatang, penyokong sejati akan sentiasa berkata: "Harimau Malaya, kami selalu ada, walau dimana berada..."