Skip to main content

Bola Sepak

Le Classique penting buat penyokong PSG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

emery-understands-marseille-rivalry-and-hopes-psg-can-repeat-barca-win.jpg

Unai Emery menegaskan beliau memahami kepentingan aksi Le Classique buat penyokong-penyokong Paris Saint-Germain (PSG) menjelang pertemuan berdepan Marseille.

Selepas seri ketika berdepan Toulouse dalam aksi minggu lalu, PSG berdepan Marseille untuk terus memberikan cabaran kepada pendahulu liga, Monaco.

Emery berharap anak buahnya mampu mengulangi prestasi mereka ketika menewaskan Barcelona 4-0 dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara (UCL).

"Ini merupakan aksi Classique kedua saya. Saya menyedari kepentingan perlawanan ini," jelas Emery.

"Penyokong-penyokong hadir ke sesi latihan untuk memberikan semangat kepada pasukan.

Pertahanan PSG, Marquinhos, bersetuju dengan ketua jurulatihnya untuk cuba mengulangi prestasi ketika berdepan Barca.

"Kami akan bertemu Marseille dengan keazaman yang sama ketika kami menewaskan Barca," katanya.

"Berdepan Barcelona, kami mempamerkan kebolehan kelab ini untuk menjadi salah satu pasukan yang digeruni di Eropah.

"Saingan liga tidak akan dimenangi dengan satu perlawanan. Kami cuba mendapatkan tiga mata penuh daripada perlawanan ini."

Advertisement

Must Watch Video