Skip to main content

Bola Sepak

Le Classique: Marseille kelab terbesar Perancis -- Payet

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

payet.jpg
Dimitri Payet menegaskan dia tidak berasa iri hari dengan keupayaan Paris Saint-Germain (PSG) kerana penyerang Marseille itu berkata dia mewakili "kelab terbesar Perancis".

Marseille -- di tangga ketiga Ligue 1 -- berkunjung ke Paris untuk pertemuan 'Le Classique' pada awal pagi esok dengan PSG bakal menyambut semula kehadiran Neymar (masalah kesihatan) ke pangkuan pasukan berbelanja besar itu bagi mengukuhkan kedudukan mereka memburu kejuaraan kelima dalam tempoh enam musim. 

Begitupun, Payet menghangatkan lagi pertemuan itu dengan memberi perhatian kepada kebolehan individu PSG.

"Saya tidak mencemburui Paris, saya sedang bermain di kelab terbesar Perancis," kata pemain antarabangsa Perancis itu.

"Saya memiliki sebuah pasukan. Kita dapat saksikannya baru-baru ini, kami adalah lebih baik beraksi sebagai sebuah pasukan dan bukannya menumpukan kepada kemampuan individu."

Marseille yang tidak tewas dalam lapan perlawanan, tercicir 13 mata di belakang PSG.

Payet telah mengumpul empat gol dan mencipta tujuh bantuan jaringan buat barisan pimpinan Rudi Garcia itu. 

Advertisement

Must Watch Video