Juara edisi kedua Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) akan ditentukan pada malam esok di Stadium Negeri, Kuching.
Ia akan menyaksikan pertembungan pusingan kedua aksi akhir di antara pasukan Serian yang mewakili Sarawak dan Gua Musang mewakili Kelantan.
Dalam perlawanan terdahulu di Stadium Mohamed Ke-IV di Kota Bharu, Serian berjaya membawa bekalan satu gol hasil jaringan Mahadi Razak pada minit ke-48, sekali gus meletakkan sebelah kakinya sebagai juara.
Bagaimanapun, bagi pengendali Serian, Rozaimi Romainor, kelebihan satu gol itu tidak bermakna mereka berada dalam zon selesa.
"Penting untuk anak-anak buah saya bermain bermati-matian, bukan sahaja untuk mempertahankan jaringan, malah melebarkan lagi kedudukan.
"Mereka perlu kekal fokus di sebalik tekanan untuk muncul juara," katanya ketika sidang media khas di Kuching hari ini.
Katanya, beliau mahu anak-anak buahnya bermain seperti biasa dan menggunakan kelebihan 90 minit di gelanggang sendiri.
"Ketika ini, kesemua pemain kami berada dalam tahap kecergasan terbaik.
"Memang ada kecederaan tetapi bukan melibatkan pemain utama," jelasnya yang mengaku terpaksa berhati-hati dengan kedua-dua pemain sayap Gua Musang.
Justeru, katanya, pihaknya akan mengatur strategi untuk mengekang pergerakan kedua-dua pemain tersebut selain memperkukuh jentera serangan.
Sementara itu, jurulatih Gua Musang, Ruhaled Ab Hamid, mengakui pasukannya berhadapan tekanan dalam aksi akhir ini.
"Kami memang ketinggalan satu gol, namun masih ada 90 minit perlawanan untuk kami mengurangkan defisit sebelum cuba mendahului lawan.
"Kami tidak akan mengaku kalah dengan mudah, sebaliknya bermati-matian dalam 90 minit terakhir ini," tambahnya.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya agak ralat kerana penjaga gawang utama, Zulfadzli Zawawi, terpaksa direhatkan selama setahun setelah mengalami kecederaan ketika aksi menentang Keningau dalam saingan separuh akhir.
"Ia agak menjejaskan persiapan kami," katanya lagi.
Ini merupakan kali kedua wakil Sarawak berada di pentas final selepas Kuching FA muncul juara edisi pertama pada tahun lalu.
Sebanyak 109 pasukan dari seluruh negara telah menyertai kejohanan kali ini yang dijalankan mengikut zon.