Skip to main content

Bola Sepak

Lapan tonggak JDT mula fasa 2 kem latihan Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syihan-hazmi.jpg
Skuad Harimau Malaya memulakan fasa dua latihan pusat kebangsaan dengan penambahan lapan tonggak, sementara lima lagi digugurkan. 

Lapan tonggak kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Syihan Hazmi, Corbin-Ong, Matthew Davies, Shahrul Saad, Junior Eldstal, Afiq Fazail, Romel Morales dan Endrick Dos Santos yang dipinjamkan kepada kelab Vietnam, Ho Chi Minh City, melaporkan diri bagi melengkapkan barisan 31 pemain kendalian ketua jurulatih, Peter Cklamovski, itu di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, Johor.




Dalam masa sama, lima pemain muda iaitu Aiman Hakimi Othman, Alif Ahmad, Shafizan Arshad (pertahanan) serta dua pemain tengah, Haiqal Danish Haizon dan Muhammad Abu Khalil digugurkan.

Skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan pusat di Johor Bahru hingga 26 Mei sebelum menyambung sesi latihan di Kuala Lumpur hingga perlawanan persahabatan berdepan Cape Verde di Cheras, Khamis ini. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video