Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Lallana dibuang padang dalam aksi B-23 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

6218lallana.jpg
Bintang Liverpool, Adam Lallana, dilayangkan kad merah ketika kembali pulih daripada kecederaan sewaktu beraksi untuk skuad B-23 tahun, semalam.

Lallana tidak beraksi sejak mereka tewas 22 Januari lalu selepas mengalami kecederaan paha, dan penampilan semulanya kembali berakhir selepas minit ke-60 kerana dia bertindak berang selepas diterjah kapten Tottenham B-23, George Marsh.

Selepas kedua-dua pemain bersaing untuk mendapatkan bola, Lallana menerjah Marsh dengan mencekik Marsh dan pengadil perlawanan, David Rock, melayangkan kad merah.

Liverpool turut menyaksikan George Johnston dikeluarkan ketika tewas 1-0 dalam perlawanan yang menyaksikan Dominic Solanke dan Danny Ings turut beraksi.
 

Advertisement

Must Watch Video