Pengurus England, Gareth Southgate, berkata ia bukan satu soalan "bodoh" mengenai adakah bintang Real Madrid, Jude Bellingham, merupakam pemain terbaik di dunia ketika ini.
Setelah mempamerkan prestasi mengagumkan di Birmingham dan berkembang pesat di Borussia Dortmund, pemain tengah berusia 20 tahun itu telah meningkat ke satu tahap lagi sejak berkelana ke Sepanyol.
Bellingham segera membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain utama Madrid dan telah menjaringkan 10 gol dalam 10 perlawanan sejak berpindah ke Bernabeu dengan bayaran awal £88.5 juta (RM512.1j).
Pemain tengah itu menyumbangkan dua gol ketika menundukkan Osasuna 4-0, secara tidak langsung akan meningkatkan tanggapan bahawa bintang tengah itu sebagai pemain terbaik dunia ketika ini.
Ditanya mengenai tanggapan tinggi sedemikian, Southgate berkata: "Saya tertanya-tanya sama ada anda boleh berkata begitu!
Jude ?#UCL pic.twitter.com/qCItzQNhTj
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 6, 2023
“Tidak, ini bukan satu soalan bodoh. Saya belum berkesempatan memantau semua pemain dan mengkaji mereka.
"Apa yang boleh saya katakan ialah dia kini berada di salah satu kelab terbesar di dunia malah boleh dikatakan yang terbesar.
"Dia beraksi dengan sangat baik dan dia menjadi wira perlawanan untuk meletakkan mereka di kedudukan hebat."