ATLETICO MADRID 2 CADIZ 1
Rodrigo De Paul menghidupkan peluang Atletico Madrid untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan apabila menjaringkan gol kemenangan dalam babak kedua untuk menewaskan Cadiz 2-1 awal pagi tadi.
Pasukan bimbingan Diego Simeone itu berada di depan menerusi penyudah Joao Felix seawal minit ketiga perlawanan LaLiga di Wanda Metropolitano itu tetapi Alvaro Negredo kembali mengikat kedudukan buat pelawat sebelum ke bilik persalinan.
Walaupun pasukan pelawat itu, yang sedang bergelut di zon penyingkiran, lebih menguasai perlawanan dalam babak kedua, De Paul kemudian menjaringkan gol kemenangan Atletico pada minit ke-68 untuk memastikan pasukan juara bertahan itu melonjak ke tangga ketiga dan kad merah buat Javi Serrano pada lewat permainan tidak banyak menjejaskan mereka.
Seterusnya, Atletico akan mengalihkan tumpuan kepada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), di mana mereka akan bertandang ke laman Manchester United bagi perlawanan kedua pusingan 16, awal pagi Rabu ini selepas terikat 1-1 dalam perlawanan pertama di laman sendiri hujung bulan lalu.
Sementara itu, Cadiz pula akan menantikan kunjungan Villarreal bagi perlawanan LaLiga pada 20 Mac ini.

7 - @joaofelix70 has been involved in seven goals in his last eight games with @atletienglish in all competitions (five goals, two assists), same as in his previous 37 matches with Colchoneros (four goals, three assists). Streak. pic.twitter.com/KpY2xmfBRg
— OptaJose (@OptaJose) March 11, 2022