Bintang Harimau Malaya, Facundo Garces, menerima penilaian tertinggi ketika membantu Deportivo Alaves bangkit mengikat Atletico Madrid 1-1 dalam perlawanan LaLiga di Stadium Mendizorrotza awal pagi tadi.
Google Rating memberikan Garces 4.5 daripada 5 bintang dalam perlawanan itu, sekali gus menjadi pemain dengan penilaian tertinggi, di mana dia melakukan 24 hantaran tepat, 10 kali mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan satu hadangan sepanjang 90 minit beraksi.
Dalam perlawanan itu, Giuliano Simeone meletakkan Atletico di depan seawal minit ketujuh sebelum Carlos Vicente menyudahkan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-14.
Garces selepas ini akan segera pulang ke tanah air untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula esok.
Harimau Malaya akan menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa bermula dengan menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 September ini sebelum menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri empat hari kemudian.