Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Barcelona enggan dabik dada

pedri.jpg
VILLAREAL 0 BARCELONA 1

Xavi bertegas kemampuan Barcelona akan terus meningkat selepas pasukannya terpaksa bermandi keringat untuk kemenangan 1-0 di Villarreal bagi melebarkan kelebihan 11 mata di puncak LaLiga.


Barcelona meneruskan rekod sempurna mereka sejak awal tahun ini dengan kemenangan ke-11 berturut-turut menerusi jaringan Pedri dalam babak pertama di El Madrigal, awal pagi tadi.

Gergasi Catalan itu bergelut untuk membunuh permainan yang menyaksikan tiga percubaan Robert Lewandowski diselamatkan oleh Pepe Reina dan ketumpulan berkenaan hampir menghantui mereka pada lewat perlawanan. 

Pelawat tersentak apabila Samuel Chukwueze menemui ruang untuk mengatasi penjaga gol, Marc-Andre ter Stegen, tetapi jaringan itu segera dibatalkan akibat ofsaid untuk Barca mengekalkan rekod bersih kelima dalam enam perlawanan liga.



Walaupun kini mempunyai kelebihan mata dua angka ke atas musuh ketat mereka itu yang bakal menghadapi di Elche, Khamis ini, Xavi enggan mengenepikan peluang Los Blancos dalam perebutan kejuaraan.

"Terdapat banyak mata lagi untuk dipungut," katanya kepada Movistar+. 

“Pencapaian yang kami lakar ketika ini adalah luar biasa tetapi kami masih boleh meningkatkan beberapa aspek lagi. 

"Hari ini Villarreal mahu menguasai bola dan mereka menghimpit kami. 

"Kami terlepas banyak hantaran terakhir dan dengan tindakan sedemikian, kami menderita."

Advertisement

Must Watch Video