Skip to main content

Bola Sepak

Lahm tiupkan sokongan buat Jerman, Low

tonikroos-cropped_yfsaewfshn9714510w3hxmgw2.jpg
Philipp Lahm masih percaya dengan peluang Jerman dalam Piala Dunia sambil bekas kapten Die Mannschaft itu terus memberi sokongan kepada pengurus, Joachim Low.

Skuad juara bertahan itu dikejutkan dalam perlawanan pembukaan mereka di Russia apabila ditewaskan 1-0 oleh Mexico ketika memulakan cabaran dalam Kumpulan F.

Kekalahan itu meletakkan Jerman di bawah tekanan hebat dalam kumpulannya yang menyaksikan dua pesaing, Sweden dan Mexico, masing-masing meraih tiga mata.

Sambil pasukan kendalian Low bersiap sedia menghadapi Sweden, Sabtu ini, Lahm yang melakukan 113 penampilan antarabangsa bersama Jerman, melontarkan sokongannya terhadap pengurus dan pemain-pemain untuk meraih kejayaan.

“Saya fikir anda sentiasa boleh membincangkan mengenai pasukan ini di Jerman kerana kami memiliki ramai pemain yang bagus,” katanya.

"Kami mengharungi Piala Konfederasi tahun lalu di mana lebih ramai pemain muda menjadi sebahagian daripada pasukan. Pemain-pemain ini telah menyerlahkan kemampuan mereka dalam Piala Konfederasi.

"Anda perlu mempercayai pengurus pasukan kebangsaan dan staf kejurulatihannya. Dia memiliki banyak pengalaman dan telah bersama pasukan kebangsaan sejak 2004 dan selepas Piala Dunia 2006, dia diangkat selaku ketua jurulatih. Dia memiliki pengalaman yang diperlukan dan dia tahu bagaimana untuk menghimpunkan pasukan.

“sejak dia mengambil alih pasukan, kami sentiasa dapat mara ke separuh akhir sekurang-kurangnya.

"Dia tahu benar bagaimana untuk menghimpun sebuah pasukan yang akan menamatkan empat atau lima minggu berikut ini dengan jaya,” tambah Lahm.

Jerman berkesudahan dalam kelompok tiga teratas sepanjang empat kejohanan Piala Dunia lalu di samping layak sekurang-kurangnya ke separuh akhir dalam tiga kempen terakhir dalam Kejohanan Eropah.

 

Advertisement

Must Watch Video