BAYERN MUNICH 1 WOLFSBURG 0
Ketua pasukan Bayern Munich, Philipp Lahm, bakal menggantung but selepas musim ini berakhir.
Walaupun mempunyai kontrak sehingga 2018, Lahm mengumumkan untuk bersara setahun lebih awal selepas membantu Bayern meraih kemenangan 1-0 ke atas Wolfsburg dalam saingan DFB-Pokal, pagi tadi.
Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh Douglas Costa untuk Bayern menempah tempat ke suku akhir.
Lahm bakal membuat penampilan ke-500 andai diturunkan menentang Schalke, Sabtu ini.
"Saya akan bersara pada penghujung musim ini," kata pemain berusia 33 tahun itu.
Bayern ingin melantik Lahm sebagai pengarah sukan yang baru musim depan, namun pemain pertahanan kanan itu memilih untuk berehat panjang.
"Saya sudah memutuskan ini bukanlah waktu yang sesuai untuk saya mengambil tugas sebagai pengarah sukan," tambahnya.
Lahm merupakan produk Akademi Bayern dan menghabiskan sepanjang kariernya di Allianz Arena kecuali pernah dipinjamkan ke Stuttgart selama dua tahun.
Sepanjang menyarung jersi Bayern, dia memenangi tujuh kejuaraan Bundesliga, enam Piala DFB-Pokal, Liga Juara-Juara serta Piala Dunia Kelab sekali.
Pemain pertahanan itu juga memainkan peranan sebagai ketua pasukan ketika Jerman menjulang Piala Dunia 2014 dengan menewaskan Argentina 1-0 dalam perlawanan akhir, sebelum bersara di peringkat antarabangsa sejurus berakhirnya kempen itu.