LIGUE 1
Kylian Mbappe tidak layan wakil Al Hilal di Paris
Kylian Mbappe dan wakilnya enggan bertemu pegawai Al Hilal di Paris, awal pagi tadi, bagi membincangkan urusan perpindahan termahal dunianya ke Arab Saudi.
Kelab Mbappe, Paris St Germain (PSG) difahamkan telah memberi kebenaran kepada pihak Liga Pro Saudi untuk bercakap dengan penyerang Perancis itu atas syarat peribadi selepas menerima bidaan £259 juta (RM1.5 bilion) ke atas pemain tersebut secara bertulis.
Delegasi Al Hilal dilaporkan berharap dapat meyakinkan projek mereka kepada Mbappe di Paris selain turut memuktamadkan pembelian penyerang Brazil, Malcom, dari Zenit St Petersburg.
Iklan

Masa depan Mbappe menjadi teka-teki sejak dia enggan melanjutkan perjanjiannya dengan gergasi Ligue 1 itu pada bulan lalu.
Tetapi, menurut akhbar sukan Perancis, L’Equipe, Mbappe dan pasukannya enggan mengadakan sebarang perbincangan dengan kelab Saudi dan dia tidak pernah mempertimbangkan pilihan itu.
Must-Watch Video