Liverpool perlu melakukan sedaya yang termampu untuk mencapai kesepakatan baru dengan Mohamed Salah dan Sadio Mane.
Itu pandangan dilontarkan bekas penyerang Liverpool, Dirk Kuyt, yang menggesa bekas pasukannya itu untuk segera memutlakkan masa depan dua penyerang berkenaan.
Mane menyertai Liverpool daripada Southampton pada Jun 2016, setahun sebelum Salah tiba di Anfield daripada AS Roma.
Sejak Salah melakukan penampilan pertamanya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Watford pada Ogos 2017, tiada pemain lain dapat menjaringkan lebih banyak gol berbanding penyerang itu, yang telah mendaftarkan 117 gol daripada 176 penampilan liga buat The Reds.
Mane, dalam pada itu berada di tangga keempat dalam senarai penjaring EPL sepanjang tempoh itu di belakang Harry Kane (100) dan Jamie Vardy (86), di mana dia berkongsi kedudukan dengan Raheem Sterling (75).
Gandingan itu telah menjadi tonggak penting di sebalik kejayaan Jurgen Klopp, termasuk memenangi gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan EPL.
Bagaimanapun, kontrak kedua-dua mereka akan tamat pada penghujung musim ini.
Rundingan sedang dilakukan bersama salah, yang mahu Liverpool memecahkan struktur tangga gaji mereka untuk bersetuju dengan kesepakatan baru, tetapi Kuyt menegaskan kedua-dua pemain itu perlu dikekalkan.
"Sudah pasti adalah penting untuk mengekalkan pemain terbaik anda dan saya pasti Liverpool akan melakukan segala-galanya yang sedaya mereka untuk mengekalkan pemain-pemain ini," kata Kuyt kepada Stats Perform.
"Anda sentiasa melihat untuk meningkatkan skuad anda tetapi jika anda adalah Liverpool, anda juga akan mencuba untuk mengekalkan pemain terbaik dan bagi saya, Mane sudah pasti salah seorang daripada mereka.
"Seperti yang saya katakan, dia menjaringkan gol, gol yang amat penting sebagai seorang penyerang.
"Dia amat penting buat pasukan ini tetapi pada minggu lalu, saya juga dapat melihat dia bertahan, melakukan terjahan, berlari ke belakang dan itulah bagaimana Jurgen menyayangi pemainnya," katanya.