Skip to main content

Bola Sepak

Kuala Lumpur City tidak tolak barisan kedua bertandang ke kubu JDT

bojan-hodak.jpg
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, menafikan tindakannya dalam kunjungan perlawanan Liga Super ke Stadium Sultan Ibrahim Isnin depan sebagai satu taktikal. 

Ketiadaan lima tonggak utama bakal membuka ruang buat pemain lapisan kedua Kuala Lumpur City untuk mendapatkan minit permainan serta kepercayaan Hodak menuju final Piala FA, 22 Julai depan.

"Kami mempunyai barisan kedua.

"Ramai pemain yang beraksi dalam perlawanan terakhir perlu menjalani penggantungan mahupun mengalami kecederaan.




"Separuh daripada mereka mungkin terlepas perlawanan ini. 

"Kevin Mendoza, Declan dan Ryan Lambert termasuk Giancarlo Gallifuoco dan Sebastian Avanzini mungkin tidak dapat beraksi," katanya yang tewas dalam keempat-empat terakhir di laman JDT.

Begitupun, situasi ini membuka ruang kepada pengendali dari Croatia itu untuk membuat penilaian adakah barisan kedua ini mampu membuktikan keupayaan mereka bagi menggalas misi utama. 

"Perlawanan akhir masih jauh. Saya tidak perlu lagi memotivasikan pemain. 




"Tiga perlawanan terakhir merupakan kelayakan untuk pemain membuktikan bahawa mereka berhak untuk berada dalam perlawanan akhir Piala FA. 

"Kebiasaannya strategi kami bergantung kepada corak permainan pihak lawan. 

"Tapi kami tidak boleh mengambil risiko tinggi ketika bertemu JDT yang boleh menghukum anda. 

"Jadi saya perlukan satu pendekatan untuk mendapatkan keputusan positif," katanya di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. 
 

Advertisement

Must Watch Video