Skip to main content

Bola Sepak

Kuala Lumpur City perkenal jersi musim 2024/25

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

whatsapp-image-2024-04-19-at-14-54-32.jpeg
Menjelang beberapa minggu sahaja lagi sebelum bermulanya saingan musim baru Liga Super, Kuala Lumpur City (KL City), antara yang terawal menampilkan set jersi terbaru mereka untuk musim baru ini.

Jersi 'home' mereka kekal dengan warna tradisi, merah putih yang melambangkan jalur dalam bendera Wilayah Persekutuan.

Manakala jersi 'away' mereka menampilkan warna biru dengan logonya seakan-akan berwarna emas yang elegan dan pasti mampu menarik minat peminat mereka untuk memilikinya.

Semua peminat boleh mendapatkan jersi itu bermula esok, dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang secara eksklusif di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. 

Advertisement

Must Watch Video