Ketua jurulatih The Red Warriors (TRW), Marko Kraljevic, kecewa selepas pasukannya gagal meneruskan momentum kemenangan apabila kalah 0-2 kepada pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT) II, dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam tadi.
Selain mengakui skuadnya tewas kepada pasukan yang lebih baik, Kraljevic juga tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih terhadap barisan serangan yang gagal menyudahkan beberapa peluang menghasilkan jaringan.
"Saya fikir dalam separuh masa pertama kami bermain dengan baik, boleh bertukar-tukar hantaran untuk melancarkan serangan ke pintu gol lawan.
"Tetapi sentuhan terakhir tidak cukup bagus dan anda boleh lihat bagaimana jaringan JDT II terhasil dan segala-galanya berubah selepas itu," katanya.
Pengendali berusia 53 tahun itu mahukan ketumpulan jentera serangan diatasi segera jika tidak mahu TRW terus tercicir mata dalam aksi seterusnya.
Justeru, Kraljevic memberitahu dia perlu memanfaatkan masa berbaki kurang seminggu sebelum menghadapi satu lagi aksi getir menentang UiTM FC di gelanggang lawan, minggu depan.
"Cukup jelas, kami perlu pertingkatkan corak permainan ketika menyerang. Terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukan bagi memperbaiki masalah di bahagian ini," katanya.
Dalam aksi malam tadi, dua jaringan menerusi Md Rozaimi Abd Rahman pada minit ke-40 dan Mohamad Khairullah Abdull Halim (m-58) memaksa Kelantan berputih mata dengan kekalahan kedua mereka.
Kekalahan itu menyaksikan TRW kekal dengan empat mata hasil daripada satu kemenangan dan sekali seri manakala skuad kendalian Ervin Boban itu kekal sebagai pendahulu liga dengan 12 mata.
Kredit Foto: Abe Jera