BAYERN MUNICH 1 AUGSBURG 1
Jurulatih Bayern Munich, Niko Kovac, memuji Augsburg selepas pasukannya dipaksa seri 1-1 dalam aksi Bundesliga di Allianz Arena, awal pagi tadi.
Juara bertahan itu kehilangan mata liga buat pertama kalinya musim ini apabila gol Felix Gotze pada minit ke-86 membatalkan jaringan pembukaan Arjen Robben.
Kovac tertarik dengan Augsburg yang hanya mengutip mata kelima kempen ini.
"Augsburg melaksanakan tugas yang sangat baik selama lebih kurang 90 minit dan mereka menyekat permainan kami," katanya.
"Bukan mudah untuk kami keluar daripada separuh kawasan sendiri tetapi apabila kami berjaya, kami gagal memanfaatkan peluang. Aksi Bundesliga sentiasa sengit.
"Kami ingin memungut tiga mata tetapi malangnya gagal, kami akan cuba untuk melakukan yang lebih baik di luar Berlin."
Walaupun dilanda kekecewaan pada saat-saat akhir, Bayern kekal di tangga teratas, namun kelebihan mereka ke atas Werder Bremen hanya tinggal dua mata.
Robben, yang menyumbat tiga gol liga dalam empat perlawanan, berkata pelawat berhak mengutip mata.
"Ketepikan soal jaringan saya, jika anda berada di hadapan, anda harus memenangi perlawanan," kata pemain Belanda itu.
"Augsburg mempamerkan persembahan luar biasa dengan keberanian besar dan pendekatan itu memberi ganjaran kepada mereka. Jaringan penyamaan mereka memang patut, kami tidak melakukan tugas dengan baik.
"Kami sepatutnya lebih bersabar dan mencipta peluang yang lebih baik. Kami sering gagal mencari penyelesaian tetapi kami mempunyai peluang yang membunuh permainan ini lebih awal."
Bayern berpeluang kembali ke rentak kemenangan apabila bertandang ke Hertha Berlin, awal pagi Sabtu ini.