BAYERN MUNICH 4 STUTTGART 1
Niko Kovac percaya kualiti individu Bayern Munich menjadi pemisah dalam kemenangan 4-1 Bundesliga ke atas kelab bergelut, Stuttgart.
Bayern masih ketinggalan enam mata dengan pendahulu, Borussia Dortmund, yang meraih kemenangan semalam, namun mereka gagal memberikan persembahan terbaik dalam aksi awal pagi tadi.
Jaringan menakjubkan daripada Anastasios Donis membatalkan gol pembukaan Thiago Alcantara, dengan Bayern terpaksa bergantung kepada gol sendiri Christian Gentner untuk meletakkan mereka kembali memimpin perlawanan dalam meniti kemenangan ketujuh berturut-turut.
Leon Goretzka kemudian mengukuhkan kedudukan dalam baki 20 minit terakhir sebelum Robert Lewandowski menebus kegagalan sepakan penaltinya sebelum itu untuk mengesahkan kemenangan.
Untuk itu, Kovac mengakui bahawa pasukannya bergelut menentang lawan yang liat itu.
"Kami memulakan perlawanan dengan baik dengan menjadikannya 1-0. Selepas itu, kami bermain terlalu perlahan, terlalu ramai pemain berada di belakang bola dan kami gagal memecahkan susunan pemain yang dibina Stuttgart," kata Kovac dalam sidang akhbar.
"Aksi kami bertambah baik dalam babak kedua. Kami bergerak lebih pantas dan lebih lurus dan berjaya menjelmakan sentuhan individu.
"Kami memperoleh kemenangan ini dengan pelbagai peluang yang dicipta. Ini membolehkan kami untuk menang dan meneruskan rentak kemenangan," tambahnya.
Di sebalik gol sendiri Gentner, Lewandowski dikecewakan apabila sepakan penaltinya gagal, sekali gus memberi ruang kepada Stuttgart untuk merapatkan jurang sehinggalah detik jaringan Goretzka tiba pada minit ke-71 -- gol ketiganya dalam dua perlawanan terakhir Bundesliga -- dan pemain tengah Bayern itu menyokong luahan Kovac.
"Kami bermula dengan baik sebagaimana musim ini. Selepas itu, kami mula mengendurkan permainan dan kami mungkin berhak untuk mendapat ganjarannya," katanya.
"Ia satu tanda yang positif bahawa pada akhirnya kami masih berhak menang. Dalam pusingan pertama, perlawanan ini mungkin berakhir seri.
"Jika kami memimpin perlawanan dengan 3-0 dalam separuh masa pertama, maka rentak perlawanan ini pasti sangat berbeza. Di Bayern, anda sentiasa berdepan tekanan kerana anda perlu memenangi setiap perlawanan."
Bayern akan menghadapi Bayer Leverkusen dalam aksi seterusnya sebelum ke Hertha Berlin dalam kempen DFB-Pokal.