Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kovac: Kami perlu tunjukkan kepada Dortmund kami serius

niko-kovac.jpg
FREIBURG 1 BAYERN MUNICH 1

Niko Kovac menggesa barisan pemain Bayern Munich untuk turun dan menunjukkan kepada Borussia Dortmund bahawa mereka benar-benar mahu memenangi kejuaraan Bundesliga musim ini.


Keputusan seri 1-1 dengan Freiburg menyaksikan skuad The Bavarians itu tergelincir ke tangga kedua di belakang Dortmund, yang melonjak ke tangga teratas dengan kelebihan dua mata selepas menjaringkan dua gol dalam waktu kecederaan untuk menewaskan Wolfsburg dalam perlawanan yang berlangsung serentak.

Kedua-dua pasukan di tangga teratas itu akan bertemu di Arena Allianz minggu depan dan Kovac bersedia untuk membuktikan sesuatu di gelanggang mereka itu.

"Kami kini perlu menewaskan Dortmund," katanya selepas tamat perlawanan.

"Saya menganggap pemain saya tahu kepentingan perkara itu.

"Kami perlu menunjukkan kepada Dortmund yang kami mahu menjadi juara dan saya menjangkakan kami akan terus memberikan tekanan kepada mereka dengan beraksi agresif minggu depan," katanya.

Mengulas mengenai perlawanan dengan Freiburg, Kovac kecewa dengan kegagalan pasukannya memanfaatkan setiap peluang dalam babak kedua.

"Dalam babak kedua, kami seharusnya menyudahkan sekurang-kurangnya satu daripada deretan peluang yang dimiliki.

"Apa yang kami lakukan itu amat menyakitkan hati," tambahnya.

Bayern akan berdepan Heidenheim dalam saingan DFB-Pokal sebelum menantikan kunjungan Dortmund minggu depan.

Advertisement

Must Watch Video