Niko Kovac menegaskan beliau tidak akan memikirkan mengenai Borussia Dortmund walaupun Bayern Munich kini berkongsi mata di puncak Bundesliga.
Dortmund membuka ruang buat skuad kendalian Kovac itu selepas mengalami kekalahan 2-1 kepada Augsburg, Jumaat lalu, dan penyandang juara itu mengambil kesempatan mengatasi Borussia Monchengladbach 5-1, awal pagi tadi.
Javi Martinez dan Thomas Muller menjaringkan gol dalam tempoh 11 minit sebelum Lars Stindl mengurangkan defisit jaringan tuan rumah.
Bayern menjarakkan kedudukan dalam separuh masa kedua, dengan dua jaringan Robert Lewandowski dan satu daripada Serge Gnabry melengkapkan kemenangan ke-11 dalam 12 perlawanan liga dengan penuh bergaya.
Kovac enggan membincangkan mengenai Dortmund, sebaliknya memberikan tumpuan kepada momentum yang mampu diteruskan oleh pasukannya.
"Saya tidak mahu bercakap mengenai Dortmund," kata pengurus Bayern itu.
"Kami mahu berbincang megnenai permainan kami dan Bayern sedang mengharungi prestasi yang mantap. Kami menang 11 kali daripada 12 perlawanan.
"Saya sangat gembira dengan perlawanan ini. Kami perlu menjaringkan satu atau dua gol."