BAYERN MUNICH 5 HEIDENHEIM 4
Niko Kovac berkata dia tidak pernah melihat aksi seperti ketika Bayern Munich menewaskan Heidenheim 5-4 dalam suku akhir DFB-Pokal di Arena Allianz, awal pagi tadi, namun berang dengan pasukannya yang kerap hilang tumpuan.
Layangan kad merah kepada Niklas Sule selepas jaringan pembukaan Leon Goretzka membuka peluang buat lawan daripada liga divisyen dua, Heidenheim, yang mendahului perlawanan sebelum waktu rehat hasil jaringan Robert Glatzel dan Marc Schnatterer.
Pemain gantian, Robert Lewandowski, yang tidak sihat untuk memulakan aksi, muncul penyelamat Bayern dalam babak kedua apabila membantu jaringan Thomas Muller sebelum melebarkan kedudukan itu untuk meletakkan Bayern kembali di depan.
Serge Gnabry menjaringkan gol keempat Bayern tidak lama selepas itu, namun Heidenheim memanfaatkan kelebihan seorang pemain untuk kembali di depan menerusi hatrik Glatzel, yang menjaringkan gol berganda dalam tempoh tiga minit, sebelum Lewandowski menyudahkan sepakan penalti pada lewat permainan untuk menamatkan perhitungan paling mendebarkan itu.
Usaha keras itu mungkin menjejaskan prestasi Bayern yang akan berdepan seteru Bundesliga, Borussia Dortmund, hujung minggu ini dengan perlawanan itu dilihat sebagai penentu kejuaraan musim ini.
Walaupun Kovac mengakui layangan kad merah pertama sepanjang karier Sule itu menjejaskan prestasi pasukannya, dia kecewa dengan deretan kesilapan yang dilakukan pasukannya sepanjang perlawanan tersebut.
"Kad merah itu mengganggu percaturan kami, jadi kami terpaksa menggunakan formasi 4-4-1 untuk beraksi kompak," katanya selepas Bayern ke separuh akhir DFB Pokal buat tahun ke-10 berturut-turut.
"Dengan beberapa pertukaran dalam babak kedua, kami beraksi dengan lebih baik dan memenanginya.
"Apa yang membengangkan saya adalah kami tidak dapat mempertahankan kelebihan 4-2 dan menyusahkan diri sendiri.
"Ia merupakan perlawanan yang liar dan terbuka. Saya tidak menggemarinya.
"Kami memperoleh tuah di penghujung perlawanan seperti yang diperlukan dalam saingan piala.
"Saya tidak pernah menyaksikan perlawanan seperti ini," katanya.
Ketua jurulatih Heidenheim, Frank Schmidt, tidak terkejut dengan keputusan itu, namun berasakan keputusan Bayern membawa masuk Lewandowski dan Kingsley Coman dalam babak kedua memberikan pulangan buat mereka.
"Kami sudah menjangkakan perlawanan yang liar.
"Kami dapat bersaing dalam perlawanan ini hasil keghairahan dan kerja gila barisan pertahanan.
"Agak malang apabila kami terlalu mudah ketinggalan dan perlawanan ini mungkin berbeza tanpa kad merah itu.
"Saya tidak sangka kami akan mendahului sebelum waktu rehat.
"Kami menjaringkan dua gol, namun dua pertukaran yang dilakukan Nico dalam babak kedua jelas menunjukkan jurang kualiti.
"Bagaimanapun, kami masih mampu untuk kekal bersaing sehingga waktu penamat.
"Kami mempunyai mentaliti untuk hanya berhenti bermain apabila perlawanan tamat.
"Saya amat sedih kerana kami tersingkir.
"Saya berasakan ia mungkin boleh menjadi sebaliknya dalam perlawanan yang liar seperti ini.
"Hari ini, kami sudah boleh memberikan kad perniagaan yang tertera nama Heidenheim.
"Ia amat menyeronokkan pada malam yang hebat dengan keputusan yang salah," katanya.