Skip to main content

Bola Sepak

Korea Selatan mampu lepasi peringkat kumpulan -- Ji-sung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

parkjisung.jpg
Legenda Korea Selatan, Park Ji-sung, percaya jangkaan rendah mampu membantu pasukannya untuk menghasilkan kejayaan dalam saingan Piala Dunia Russia kali ini.

Hirving Lozano menjaringkan gol tunggal buat Mexico ketika meraih kemenangan ke atas juara bertahan, Jerman, di Moscow semalam, sekali gus meningkatkan tekanan bagi aksi Korea Selatan menentang Sweden malam ini.

Ramai yang menjangkakan Jerman akan menjuarai Kumpulan F sementara tiga pasukan lagi akan berjuang untuk mendapatkan tempat kedua untuk mara ke pusingan kalah mati.

Kemenangan Mexico, bagaimanapun, telah mengubah corak saingan kumpulan ini dan Ji-sung yakin Korea Selatan mampu mara ke pusingan seterusnya.

"Ia merupakan satu keputusan yang tidak dijangka, ia mengubah corak saingan kumpulan ini," katanya.

"Tetapi kami perlu fokus untuk aksi pertama dan melihat kepada baki saingan.

"Kami sentiasa meletakkan sasaran untuk melepasi peringkat kumpulan. Kami mengharungi prestasi yang hambar pada edisi lalu dan kami mahu memperbaikinya.

"Saya percaya Korea mampu melakukannya. Mereka telah membuat persiapan rapi. Tetapi saingan kumpulan ini amat sengit dan kami berharap dapat menampilkan persembahan terbaik," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video