EPL
Kontroversi kutuk Liverpool, pengadil EPL mengaku 'gay' beri kenyataan
Pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL), David Coote, mencari peluang pekerjaan yang baru selepas dibuang serta-merta daripada badan Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) berkuat kuasa Disember lalu.
Pengadil berusia 42 tahun itu terpalit dengan dua kontroversi yang mengakibatkan kariernya diberhentikan lalu tidak boleh mengadili mana-mana perlawanan bola sepak selepas ini.
Siasatan PGMOL mendapati bahawa David Coote harus digantung dan dilarang menyertai barisan pengadil yang berdaftar tahun ini.
Iklan
EXCL: David Coote sends heartfelt apology to fans and Jurgen Klopp pic.twitter.com/8DfyOGalrZ— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) January 27, 2025
Tular satu video di media sosial yang menyaksikan Coote mengkritik secara terang-terangan pasukan Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp ketika ini.
Tambahan pulan, Coote penah ditangkap menggunakan bahan terlarang yang dipercayai dadah semasa saingan Euro 2024, sehari selepas dia bertugas sebagai pegawai video bantuan pengadil (VAR) dalam pertembungan suku akhir Sepanyol menentang Jerman.
Coote mendedahkan bahawa pengambilan dadah tersebut bertujuan untuk mengurangkan tahap seksualitinya dan membawa kepada tingkah laku yang disesali.
Terbaru, Coote berkongsi bahawa dia menyukai hubungan sejenis atau lebih dikenali homoseksual (gay) dan mengambil masa yang lama untuk menyembunyikan perkara itu, sebelum ini.
"Saya akan memastikan kesihatan dan kesejahteraan saya berada dalam keadaan terbaik.
“Saya telah menerima cacian dan makian yang sangat tidak menyenangkan sepanjang kerjaya saya selaku pengadil.
EXCL: Emotional David Coote bravely comes out as gay pic.twitter.com/bMEvawLJ7P— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) January 27, 2025
"Ini adalah salah satu tempoh paling sukar dalam hidup saya. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan saya.
"Saya benar-benar memohon maaf atas sebarang kesalahan. Saya harap orang ramai akan memahami bahawa ia adalah isu peribadi yang dilakukan semasa saya sunyi.
"Fokus saya sekarang adalah untuk terus mengutamakan kesihatan mental dan kesejahteraan saya. Saya berharap pengalaman saya dapat dimanfaatkan dalam bola sepak pada satu ketika nanti.
"Terima kasih juga kepada ramai orang yang tidak dikenali yang telah menghulurkan kata-kata semangat dan sokongan," katanya.
Must-Watch Video