Skip to main content

Bola Sepak

Kontrak baru atau pergi -- presiden PSG beri amaran kepada Kylian Mbappe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mbappe.jpg
Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al Khelaifi, memberi amaran kepada Kylian Mbappe agar menandatangani kontrak baru sekiranya mahu terus menyarung jersi jaguh Perancis itu. 

Bercakap dalam sidang akhbar ketika mengumumkan Luis Enrique sebagai pengendali baru kelab itu, Al Khelaifi, mengakui tidak rela melepaskannya secara percuma pada musim panas depan.

Penggempur berusia 24 tahun itu pada bulan lalu mengumumkan bahawa dia tidak berhasrat melanjutkan kontraknya yang akan tamat tahun depan, namun sedia kekal di Parc des Princes dalam musim terakhirnya. 

"Jika Kylian mahu kekal, dia harus menandatangani kontrak baru. 


 
"Kami tidak boleh membiarkan pemain terbaik dunia hari ini pergi secara percuma. Mustahil," kata Al Khelaifi kepada pemberita.

"Dia berkata dia tidak akan pergi secara percuma. Jika seseorang telah mengubah fikirannya, itu bukan salah saya."

Jika kedua-dua pihak buntu mencapai kata sepakata, maka juara Perancis itu perlu menjual Mbappe dalam jendela perpindahan ini dengan Real Madrid dianggap destinasi sesuai buatnya. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video