Aleksandar Kolarov menegaskan Serbia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersikap ambil mudah biarpun hampir pasti layak ke pusingan 16, Piala Dunia Russia jika mengakhiri pertembungan dengan Switzerland dengan kemenangan.
Kemenangan 1-0 ke atas Costa Rica sambil keputusan mengejut Brazil yang seri 1-1 dengan Switzerland membolehkan Serbia menguasai Kumpulan E.
Serbia belum pernah mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia sejak kemerdekaannya berikutan kegagalan melepasi peringkat kumpulan pada edisi 2006 dan 2010.
Kolarov, yang menyaksikan sepakan percumanya yang menakjubkan menembusi pintu gol Costa Rica, menegaskan Serbia akan mengekalkan kehebatannya ketika negara Balkan itu bersiap menghadapi Switzerland di Kaliningrad, esok.
"Jika kami mula membuat kiraan matematik dan mula bermain untuk seri, maka ia tidak akan berjaya," kata Kolarov. "Sudah tentu kami mahu menang."
Switzerland akan turun dengan penuh keyakinan selepas mengikat Brazil di Rostov-on-Don.
Switzerland mengecewakan Brazil menerusi pendekatan fizikal sehingga Neymar dikasari 10 kali -- meraih mata berharga berkat gol kontroveri Steven Zuber.
Sehubungan itu, jurulatih Serbia, Mladen Krstajic, menyandarkan harapannya dalam pertemuan sukar itu dengan memberitahu akhbar Swiss Blick: "Mereka sangat mantap, padat dan banyak pengalaman.
"Switzerland telah mengambil bahagian dalam tiga edisi Piala Dunia dan Kejohanan Euro yang terakhir -- 27 mata yang dipungut dalam kelayakan adalah luar biasa! Jurulatih mereka juga sangat bagus."
Kata-kata Krstajic itu merujuk kepada Vladimir Petkovic, yang mengharapkan bintang tengah, Valon Behrami, cergas di sebalik kebimbangan mengenai masalah paha.
"Kami memerlukannya dalam beberapa perlawanan seterusnya," kata Petkovic.
Keletihan mungkin menjadi isu kepada Switzerland berikutan perjalanan enam jam dari Samara ke Kaliningrad untuk pertembungan berkenaan.
"Ia meletihkan," kata pemain pertahanan, Fabian Schar. "Begitupun, kami sudah bersedia dan dapat memulihkan diri semasa di penginapan."
PEMAIN TUMPUAN:
Serbia: Aleksandar Mitrovic
Tumpuan menjurus kepada pemain sasaran Juventus, Manchester United dan Real Madrid, Sergej Milinkovic-Savic. Bintang tengah itu sekali lagi tampil dengan aksi mempesonakan tetapi kini mungkin masanya untuk Aleksandar Mitrovic menyinar. Penyerang Serbia itu mencipta empat percubaan tepat ketika menguji Costa Rica tanpa mencetak gol selepas menyumbat lima gol sejak muncul di pentas antarabangsa pada 2018.
Switzerland: Stephan Lichtsteiner
Pemain yang baru direkrut Arsenal, Stephan Lichtsteiner, sedia melakar sejarah. Pemain berusia 34 tahun itu dijangka muncul sebagai pemain paling kerap mewakili Switzerland dalam Piala Dunia dengan menyamai penampilan Charles Antenen ketika seri dengan Brazil, tempoh hari.