Ronald Koeman mahu Barca memperbaiki sikap mereka ketika bertandang ke laman lawan selepas tewas 1-2 kepada Cadiz dalam perlawanan LaLiga awal pagi tadi.
Barca hanya tewas satu perlawanan dalam kesemua kejohanan menjelang perlawanan di Cadiz, yang turut mengejutkan juara bertahan, Real Madrid, Oktober lalu.
Satu-satunya kekalahan mereka sepanjang tempoh itu adalah ketika ditewaskan Atletico Madrid dalam perlawanan LaLiga terakhir tetapi prestasi buruk mereka di bawah kendalian Koeman berterusan apabila Alvaro Gimenez dan penyerang veteran, Alvaro Negredo, mengesahkan satu lagi kemenangan gemilang Cadiz biarpun hanya menguasai 17.9 peratus permainan.
Cadiz melonjak ke tangga kelima manakala Barca ketinggalan 12 mata di belakang Atletico, yang mengatasi Real Valladolid 2-0, dan dengan hanya mengutip 14 mata daripada 10 perlawanan musim ini, ia merupakan rekod terendah mereka sejak musim 1987-1988.
Barca melakukan 21 percubaan tetapi hanya lapan daripadanya merupakan percubaan tepat dan skuad bimbingan Koeman itu terpaksa mengharapkan jaringan sendiri Pedro Alcala untuk memecahkan kebuntuan gol.
Skuad Blaugrana itu turut gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam empat perlawanan LaLiga di gelanggang lawan berturut-turut (seri sekali, kalah empat kali) buat kali pertama sejak musim 2007-08.
Keputusan itu menimbulkan ketidakpuasan hati Koeman terhadap pemainnya dengan menegaskan sikap Barca ketika bertandang ke laman lawan perlu diubah.
"Kami tidak boleh membenarkan gol kedua seperti itu, ia kekurangan konsentrasi," kata Koeman kepada Movistar berkenaan gol Negredo yang terhasil dengan dia mengatasi Marc-Andre ter Stegen susulan Clement Lenglet gagal mengawal lontaran ke dalam.
"Sukar untuk menjelaskan apa yang berlaku kerana kami melalui minggu yang baik. Saya fikir aksi dalam babak pertama tidak begitu bagus. Kami banyak kehilangan bola. Hanya sedikit peningkatan dalam babak kedua.
"Ia satu langkah besar ke belakang daripada bersaing merebut gelaran LaLiga. Saya amat kecewa. Banyak mata yang dicicirkan.
"Jika kami tidak memperbaiki sikap kami di tempat lawan. Tiada apa lagi untuk diperkatakan.
"Kami banyak turun naik dalam permainan, dalam perwatakan kami, walaupun secara prinsip ia bagus, terdapat beberapa momen di mana ia tidak bagus
"Apabila kami tidak memiliki bola, kami kerap gagal. Ini sikap (masalah) seluruh pasukan ini," katanya.
Koeman dan Barca seterusnya akan menantikan kunjungan Juventus dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) biarpun kedua-dua pasukan itu sudah layak ke pusingan 16.

14 - Barcelona have earned just 14 points in their opening 10 LaLiga games this season, their lowest tally at this stage since 1987/88 season (13, three points per win), the previous campaign to Johan Cruyff arrival Barcelona as manager. History. pic.twitter.com/gphAEr5EEg
— OptaJose (@OptaJose) December 5, 2020