Ekoran kejadian yang menimpa atlet kebangsaan baru-baru ini iaitu Faisal Halim yang disimbah asid Mei lalu, sudah tiba masanya modul anti buli dan cegah jenayah diterapkan dalam kod sukan selamat.
Selama ini, berita kecederaan sukan dan gangguan seksual yang menimpa atlet sering menjadi igauan hitam, menyebabkan mereka berehat lama dan tidak dapat menyumbang kepada pasukan kebangsaan.
Namun, kini terdapat trend baru di mana atlet kebangsaan menjadi mangsa pukulan, rompakan, dan serangan asid pada tahun ini. Ini mengejutkan rakyat Malaysia kerana jenayah berat seperti ini boleh berlaku kepada atlet kebangsaan negara.
Sebagai salah langkah proaktif, Pengarah Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan UTM, Ts Dr Hadafi Fitri Mohd Latip, di Pusat Satelit ISN menjelaskan memperkasakan modul anti buli dan cegah jenayah dalam kod sukan selamat adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan, kesejahteraan, dan perkembangan positif para atlet serta warga sukan.
Pendidikan dan kesedaran memainkan peranan utama dalam usaha ini, dengan mengadakan kelas, kursus, dan bengkel berkala untuk atlet, jurulatih, pengurus pasukan, dan ibu bapa. Bahan pendidikan seperti buku panduan, video kesedaran, dan poster pencegahan yang mudah difahami perlu dihasilkan dan diakses oleh semua pihak yang terlibat dalam sukan.
Dasar dan peraturan yang jelas dan tegas perlu diwujudkan dan dikuatkuasakan. Polisi anti buli dan jenayah haruslah jelas dan dikuatkuasakan dalam semua organisasi sukan, dengan menetapkan kod etika dan tatakelakuan yang wajib dipatuhi oleh semua warga sukan.
Kerjasama dengan pihak berkuasa seperti polis dan NGO yang mempunyai kepakaran dalam menangani buli dan jenayah amat diperlukan. Program intervensi bersama pihak berkuasa boleh diadakan untuk menangani kes-kes buli dan jenayah yang serius.
Keselamatan fizikal dan mental atlet adalah keutamaan bersama. Langkah-langkah pencegahan jenayah membantu melindungi mereka daripada risiko jenayah seperti kecurian, penculikan, serangan, dan gangguan. Atlet kebangsaan bukan sahaja mewakili negara dalam pertandingan, tetapi mereka juga menjadi ikon dan idola bagi masyarakat. Terlibat dalam atau menjadi mangsa jenayah boleh merosakkan imej mereka serta mempengaruhi imej negara.
Keadaan mental yang selamat dan stabil membolehkan atlet memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan dan pertandingan. Gangguan atau ancaman jenayah boleh mengganggu konsentrasi dan menjatuhkan prestasi mereka. Kejadian yang menimpa atlet kebangsaan seperti Faisal Halim menunjukkan betapa pentingnya keselamatan atlet. Faisal menyatakan hasrat rela berhenti bermain bola sepak kerana faktor keselamatan keluarganya. Ini menunjukkan betapa seriusnya isu ini dan kepentingan langkah pencegahan.
Justeru itu, perlu ada langkah-langkah pencegahan jenayah untuk atlet sukan termasuk pendidikan dan kesedaran. Langkah keselamatan peribadi seperti menggunakan pengawal peribadi, sistem keselamatan rumah, dan peralatan keselamatan semasa acara atau di tempat latihan juga penting. Sokongan psikologi disediakan untuk membantu atlet menangani tekanan dan risiko jenayah. Undang-undang dan polisi yang ketat perlu memastikan atlet dilindungi daripada eksploitasi, penipuan, dan jenayah lain.

Secara tuntasnya, langkah-langkah ini penting untuk memastikan atlet kebangsaan berfungsi dalam persekitaran yang selamat dan terjamin. Dengan usaha yang bersepadu, kita dapat membantu atlet mencapai potensi penuh mereka dan membawa kebanggaan kepada negara.
Kejadian yang berlaku harus menjadi pedoman untuk memastikan keselamatan sukan negara sentiasa terjamin. Kemajuan sukan negara sedang berada di landasan yang baik, dan kita perlu memastikan ia terus berkembang demi kejayaan sukan negara tercinta.
Dalam masa yang sama, UTM telah mengadakan satu program yang bertujuan memberi kesedaran serta menambah ilmu pengetahuan, iaitu Program Keselamatan dan Kesihatan dalam Sukan. Program itu berlangsung selama 5 hari, dengan setiap hari menawarkan aktiviti yang berbeza. Program tersebut diadakan di Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan UTM.