Jurgen Klopp teruja dengan prospek menghadapi Real Madrid dalam suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) sambil Liverpool mengintai untuk membalas kekalahan mereka kepada Los Blancos pada 2018.
Loris Karius melakukan kesilapan besar sementara Gareth Bale menjaringkan gol akrobatik sensasi untuk menundukkan Liverpool 3-1 di Kiev dalam kemuncak kempen 2017-18.
Ia menjadi kejuaraan UCL ketiga berturut-turut gergasi LaLiga itu untuk trofi ke-13 sebelum Zinedine Zidane melepaskan jawatannya -- kemudian kembali dalam pertengahan musim berikutnya selepas melalui tempoh buruk di bawah kendalian Julen Lopetegui dan Santiago Solari.
The Reds, sebaliknya, kembali ke final pada 2018-19 untuk menewaskan pencabar domestik, Tottenham, 2-0 di Wanda Metropolitano bagi merangkul gelaran keenam Eropah.
Liverpool berpeluang membalas dendam apabila bakal membuat perhitungan semula dengan pasukan bimbingan Zidane itu yang menyingkirkan Atalanta dalam pusingan 16.
Disebabkan sekatan COVID-19, belum pasti jelas di mana perlawanan pertama akan diadakan sungguhpun dalam pertemuan kedua dijangka kekal dilangsungkan di Anfield.
"Ini menarik," kata Klopp di laman sesawang Liverpool.
"Jelas sekali ini merupakan undian yang sukar tetapi saya tetap tenang kerana jika anda melihat kesemua pasukan yang masih ada, semuanya mantap dan berkualiti.
"Saya amat menantikan perlawanan ini. Dua tahun lalu kami menghadapi mereka dan ia adalah satu malam yang sukar buat kami, jadi untuk berpeluang berdepan mereka sekali lagi sangatlah menyenangkan.
"Saya tahu ini adalah pusingan yang berbeza dan apa pun dan kami juga tidak tahu di mana kami akan beraksi tetapi segalanya baik-baik saja. Sekiranya ia akan berlangsung Budapest, tidak mengapa. Kami terima sahaja dan perlawanan di Anfield juga sesuatu yang bagus.
"Jadi tidak ada hal yang buruk untuk diperkatakan, ia sesuatu yang menyeronokkan."
Ini kali kedua Liverpool dan Madrid bertemu dalam pusingan kalah mati. Dalam pertemuan pertama, Liverpool menghadiahkan kekalahan besar kepada Los Blancos (5-0) pada 2008-09.
KEdua-dua pasukan juga sempat bertembung di peringkat kumpulan pada 2014-15 yang menyaksikan Madrid menang 1-0 di tempat sendiri dan 3-0 di Anfield.
Klopp hanya menghadapi Madrid sekali sebagai pengurus Liverpool tetapi secara keseluruhan, dia telah menentang kelab Sepanyol itu sebanyak tujuh kali dengan enam daripadanya ketika di Borussia Dortmund, yang mengalahkan Los Blancos dalam perjalanan ke final 2012-13.
Hanya Ottmar Hitzfeld (12) berjaya menewaskan Madrid lebih kerap dalam pertandingan ini, sehubungan itu Klopp mahu menikmati satu lagi ujian menentang salah sebuah kelab terbesar di dunia.
"Tidak mengapa Liverpool perlu menghadapi mereka sekali walaupun dalam kegoyahan ketika ini. Tapi, ya, ia akan selalu sukar. Saya rasa buat pertama kalinya saya akan berdepan mereka tanpa kelibat Cristiano Ronaldo termasuk Gareth Bale.
"Tetapi Sergio Ramos, Raphael Varane, Toni Kroos, Luka Modric, Casemiro, Dani Carvajal, Karim Benzema masih ada.
"Mereka juga mempunyai beberapa prospek muda, pemain yang tepat untuk dipertaruhkan. Saya benar-benar menantikannya."

⭐️⭐️⭐️ QUARTER-FINAL DRAW ⭐️⭐️⭐️
— Liverpool FC (@LFC) March 19, 2021
Liverpool ? @realmadrid #UCLdraw | #UCL pic.twitter.com/9yPdYQmaFy