WEST HAM UNITED 3 LIVERPOOL 2
Jurgen Klopp kecewa dengan beberapa keputusan pengadil ketika rekod 20 perlawanan tanpa kalah Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dimusnahkan West Ham awal pagi tadi.
Penjaga gol, Alisson, yang diberikan tekanan oleh Angelo Ogbonna, tertumbuk bola ke gawang sendiri untuk memberikan lawan kendalian David Moyes itu -- yang sebelum ini tidak pernah menang ke atas Liverpool dalam 10 pertemuan liga terdahulu -- gol pendahuluan.
Liverpool membantah jaringan itu dengan mendakwa penjaga gol mereka dikasari ketika sepakan penjuru lencong Pablo Fornals dan skuad kendalian Klopp itu bertambah berang apabila Aaron Cresswell melakukan terjahan tinggi ke atas Jordan Henderson.
Bagaimanapun, pengadil, Craig Pawson, dan pegawai video bantuan pengadil (VAR), Stuart Attwell, tidak melihat sebarang sebab untuk menghukum pertahanan kiri itu sebelum Trent-Alexander Arnold menyamakan kedudukan, empat minit sebelum waktu rehat.
Fornals kemudian meletakkan barisan bimbingan Moyes itu kembali di depan dan Kurt Zouma menjaringkan gol ketiga West Ham untuk Liverpool dibolosi dua kali daripada sepakan penjuru dalam satu perlawanan EPL buat kali pertama sejak Ogos 2017.
Divock Origi merapatkan jurang kepada 2-3 tetapi Liverpool gagal mencari gol penyamaan dan Klopp, selepas perlawanan itu, mempersoalkan keputusan pegadil yang kerap tidak menyebelahi pasukannya.
"Beberapa momen penting mengundang padah buat kami hari ini, jaringan dan beberapa situasi tidak memihak kami," kata Klopp kepada Sky Sports selepas perlawanan itu.
"Ayuh bercakap mengenai perlawanan ini. Mereka menjaringkan gol pertama dengan mengasari penjaga gol kami, lengannya menghalang lengan Alisson, bagaimana dia mahu menangkap bola? Itu tidak masuk akal.
"Apa yang boleh Alisson buat? Kerana itulah penjaga gol perlu dilindungi. Jika pemain melompat dengan menghalang menggunakan lengan, ia merupakan satu anggota badan penting buat penjaga gol.
"Aaron Cresswell melakukan terjahan gegabah ke atas Jordan Henderson, juga sebelum dia menyentuh bola, anda perlu mengawal badan anda.
"Dua situasi itu mempengaruhi keputusan tetapi bukan West Ham yang menentukannya dan mereka memenangi perlawanan ini.
"Orang akan berkata saya membuat alasan tetapi saya tetap tenang. Anda memerlukan keputusan yang normal daripada pengadil dan dia tidak melakukannya," katanya.

3 - Pablo Fornals has scored three goals in five league appearances against Liverpool, his joint-most against an opponent in the big-five European leagues, also scoring three against Leicester. Attention. #WHULIV pic.twitter.com/Mv7tLnujrD
— OptaJoe (@OptaJoe) November 7, 2021