Jurgen Klopp menegaskan kepentingan tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bakal ditempuhi Liverpool sebelum kempen Piala Dunia Qatar bermula tatkala mereka gigih berusaha untuk memulihkan prestasi.
Liverpool dalam perebutan kejuaraan hingga ke hari terakhir musim 2021-22 sebelum kalah tipis kepada Manchester City, tetapi mereka memasuki hujung minggu ini di tempat kelapan untuk 12 mata di belakang pendahulu, Arsenal.
The Reds akan menghadapi Leeds United, awal pagi esok, dan perlu menghadapi ranjau Liga Juara-Juara (UCL) dengan Napoli sebelum bertemu Tottenham disusuli perlawanan Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Derby County, kemudian berhitung dengan Southampton sebelum berehat panjang.
Skuad kendaliannya itu menuju ke perlawanan Leeds dengan rentak kemenangan apabila mengesahkan kemajuan ke peringkat kalah mati Eropah menerusi kemenangan 3-0 di Ajax, Rabu lalu.
Sejak tewas 1-4 di Napoli, maruah Liverpool belum tercela dalam UCL meskipun hanya memenangi satu daripada tiga perlawanan domestik.
Ditanya mengenai prospek keyakinan anak buahnya hasil kemenangan di Amsterdam, Klopp menjawab: "Saya rasa kita pernah mengadakan perbualan ini atau perbualan yang serupa selepas semua perlawanan yang kami menangi atau menang dengan meyakinkan -- Bournemouth, Rangers, Ajax."
Tambahnya: "Kami perlu. Ia membuatkan kami berasa lebih baik. Sudah tentu nada saya akan jadi berbeza seandainya kami tewas kepada Ajax, kemudian kami perlu menentang Leeds selain pertemuan dengan Napoli ibarat perlawanan akhir.
"Kami perlu melihat siapa yang boleh kami terus kekalkan. Kami berdepan lima perlawanan sukar sebelum Piala Dunia; bagi kami, semua perlawanan ini sangat penting.
"Kemudian ada rehat yang panjang dan kita akan lihat bagaimana kami kembali, begitu juga kelab lain.
"Kami perlu mencipta asas dan selepas itu, kami akan mengharungi tiga perlawanan liga dan kesemuanya sukar. Saya tidak nampak sebarang perlawanan mudah.
"Selepas Piala Dunia, kami menjadi pasukan pertama yang akan menguji Unai Emery yang kini bertugas di Aston Villa, jadi kami tidak tahu apa yang akan mereka lakukan ketika itu.
“Begitulah keadaan kami. Kami sudah bersedia untuk berjuang lagi, saya harap penyokong juga sudah bersedia untuk berjuang lagi."

Back at Anfield tomorrow ? #LIVLEE pic.twitter.com/FN5qsCTv4D
— Liverpool FC (@LFC) October 28, 2022