Skip to main content

Bola Sepak

Klopp lega lepasi ranjau di Benfica

jurgen-klopp.jpg
BENFICA 1 LIVERPOOL 3 

Jurgen Klopp memang sudah menjangkakan ujian getir yang bakal dihadapi Liverpool dalam kemenangan 3-1 di Benfica.


The Reds menguasai perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) untuk kemenangan di Portugal tetapi perlawanan awal pagi tadi itu tidak hadir dengan mudah di sebalik keputusan selesa berkenaan. 

Tuan rumah mencipta deretan peluang selepas Darwin Nunez mengurangkan separuh defisit gol pada awal babak kedua dan agak malang apabila gawang mereka dirobek Luis Diaz di hujung perlawanan.

Bagaimanapun, tentangan itu langsung tidak mengejutkan pengurus tersebut yang berkata: "Akhirnya, untuk bertandang ke mari bagi perlawanan UCL adalah sukar. Jelas sekali, Benfica berjuang bermatian-matian.

"Kami membuka ruang terlalu banyak tetapi mereka juga berhak menjaringkan gol walaupun kami sepatutnya bertahan dengan lebih baik. 


 

"Ia adalah satu perlawanan yang sukar seperti yang saya jangkakan terutama apabila mereka menjaringkan gol dan penyokong mula memberikan sorakan gemuruh. Kami sentiasa sedar kelebihan 2-0 bukannya selesa, ia bagus tetapi tidak lebih daripada itu.

“Mereka menjaringkan gol dan perlawanan menjadi lebih terbuka daripada yang kami harapkan tetapi pada akhirnya, kami sepatutnya meledak lebih banyak gol lagi dalam separuh masa pertama, malah patut menokok lebih banyak gol dalam babak kedua.

"Mereka menampilkan aksi yang sangat bagus tetapi penjaga gol adalah pemain terbaik mereka, dia menyelamatkan beberapa percubaaan berbahaya. Itu sahaja, kami menang, dapat dua gol dalam separuh masa pertama. Tidak lebih, tidak kurang, mari teruskan. "

Advertisement

Must Watch Video