LIVERPOOL 2 BRIGHTON & HOVE ALBION 2
Jurgen Klopp kecewa apabila Liverpool terikat 2-2 dengan Brighton and Hove Albion dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam tadi sambil mengakui pasukannya tidak cukup bagus dalam babak kedua.
Pengurus The Reds itu menyaksikan pasukannya mensia-siakan kelebihan dua gol dan hampir kalah kepada The Seagulls, yang lebih galak memberikan tekanan pada suku terakhir perlawanan berkenaan.
Gol awal Jordan Henderson dan Sadio Mane buat Liverpool dipadamkan penyudah gemilang Enock Mwepu sebelum waktu rehat dan gol penyamaan separuh masa kedua oleh Leandro Trossard.
Liverpool juga mempunyai dua gol yang dibatalkan pengadil, di mana Sadio Mane tidak dapat memberikan kelebihan 3-0 buat pasukannya selepas dikesan menyentuh bola menggunakan lengan manakala jaringan Mohamed Salah pula tidak disahkan kerana berada di posisi ofsaid.
Bercakap kepada BBC Match of the Day, Klopp berkata: "Ia berasa seperti satu kekalahan. Ia bukan sahaja kerana kami mendahulu 2-0 dan tidak menang, ia juga disebabkan saya dapat lihat kami menjaring dua gol yang paling cantik pernah saya lihat dan ia dibatalkan.
"Gol daripada Sadio itu hanya tidak bernasib baik, jika anda mahu memberikan tekanan, anda boleh melakukan seperti itu. Tetapi saya kira ia dibatalkan kerana bola terkena tangan.
"Momen terbaik dalam separuh masa pertama menunjukkan kami mampu menumpaskan Brighton, bermain dengan hantaran terbaik di bahagian tengah dan bermain bola sepak yang amat bagus tetapi kami hanya mendahului 2-0.
"Dalam babak kedua, kami tidak cukup bagus. Gerak badan yang saya langsung tidak gemari. Saya seperti 'oh Tuhan, ia amat sukar'. Benar, ia amat jelas dalam perlawanan ini.
"Cara terbaik untuk menyekat Brighton adalah dengan menguasai bola dan bermain di kawasan yang mereka lemah tetapi kami tidak melakukannya dan ia menjadi satu masalah," katanya.

250 - Today was the 250th time Liverpool have led a Premier League home game by at least two goals, but only the sixth time they’ve failed to go on and win and third time under Jürgen Klopp (also against Sunderland in February 2016 and Newcastle in April 2016). Slip.
— OptaJoe (@OptaJoe) October 30, 2021