Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berharap kecederaan buku lali yang dialami kapten pasukannya, Jordan Henderson, tidak terlalu serius.
Henderson dikeluarkan pada minit ke-13 ketika Liverpool menewaskan Bayern Munich 3-1 untuk ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan England itu digantikan dengan Fabinho ketika dua gol Sadio Mane dan satu daripada Virgil van Dijk memastikan kemenangan wakil daripada Liga Perdana Inggeris itu.
Klopp mengesahkan Henderson mengalami kecederaan buku lali dan berharap ia tidak terlalu teruk.
"Ia malam yang besar buat kami, namun ia dibayangi dengan kecederaan buku lali Hendo," katanya dalam sidang media.
"Dia Hendo, pemain yang kental, namun kami perlu melihat keadaannya terlebih dahulu. Itu sudah pasti.
"Ia kelihatan tidak begitu serius, namun kami perlu mengeluarkannya.
"Ia sentiasa petanda yang buruk apabila anda perlu melakukan pertukaran awal dalam perlawanan.
"Kami berlatih dengan meletakkan dia di posisi itu.
"Kami mahu menggunakan pemain yang lebih segar, bukan untuk merehatkan Fabinho, namun dia terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan itu," katanya.
Liverpool berkemungkinan akan kehilangan khidmat Henderson menjelang kunjungan ke Fulham dalam Liga Perdana Inggeris, hujung minggu ini.