Skip to main content

Bola Sepak

Klopp gusar dengan tahap kecederaan Jota

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klopp-jota.jpg
Liverpool sedang berdebar untuk mengetahui sejauh mana tahap kecederaan yang dialami Diogo Jota pada ketika pengurusnya, Jurgen Klopp, gusar pernyerang itu mengalami kecederaan paha berulang.

Jota dipinggirkan ketika Liverpool tewas 0-4 kepada Manchester United dalam aksi pramusim di Bangkok, Selasa lalu.

Finalis Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu kini sedang berada di Singapura bagi meneruskan aksi persahabatan menentang Crystal Palace hujung minggu ini tetapi akan sekali lagi tanpa penyerang Portugal berkenaan.

Jota mula mengalami kecederaan paha itu ketika mewakili Portugal dalam waktu rehat antarabangsa bulan lalu dan Klopp beranggapan ia semakin memburuk ketika dia kembali menjalani latihan kelmarin.

"Diogo tidak bernasib baik," kata Klopp dalam laman web rasmi Liverpool.

"Dia tidak terlibat (sewaktu menentang United) kerana kecederaan yang dalaminya pada penghujung musim lalu.

"Dia berlatih semalam dan sekali lagi mengalami kecederaan, jadi ia sesuatu yang amat-amat tidak bagus.

"Tetapi kami perlu menunggu keputusannya. Dia mempunyai penilaian lanjut hari ini, jadi kami perlu menunggunya," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video