UCL
Klopp gembira dengan aksi The Reds
Jurgen Klopp teruja dengan sikap pemain-pemainnya ketika Liverpool menempah slot suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dengan keputusan seri tanpa jaringan ketika berdepan Porto di Anfield.
Tuan rumah gagal untuk menyamai persembahan dalam aksi pertama pusingan 16 apabila meratah Porto 5-0 di Portugal tetapi berjaya memastikan mereka ke suku akhir buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun.
Kemenangan selesa dalam aksi pertama membenarkan Jurgen Klopp melakukan lima pertukaran dalam kesebelasan utama yang menewaskan Newcastle United 2-0, Sabtu lalu, dengan Mohamed Salah direhatkan untuk memberikan ruang kepada Adam Lallana beraksi dalam kesebelasan utama buat kali pertama selepas dua bulan.
Iklan
Walaupun gagal meraih jaringan, Klopp mengakui gembira dengan persembahan pemain-pemainnya.
"Saya berasakan mereka telah beraksi dengan cemerlang.
"Ia bukan perlawanan yang menarik tetapi kami mengawal permainan dan memiliki beberapa percubaan," katanya.
Selepas Lallana berada dalam kesebelasan utama, Danny Ings turut diperkenalkan dalam perlawanan ini. Bekas penyerang Burnley itu hampir meledak gol pertama dalam saingan UCL tetapi berjaya dinafikan oleh Iker Casillas.
"Lallana perlukan waktu beraksi dan dia telah beraksi dengan cemerlang.
"Ings menyedari dia mampu menjaringkan gol. Tetapi ia telah dinafikan oleh seorang penjaga gol yang berkualiti," ujar Klopp lagi.
Must-Watch Video