Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, tidak menolak pasukan pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris itu akan berdepan masalah musim ini, namun dia enggan menuruti sebarang tekanan.
Skuad kendalian Klopp itu akan berdepan Tottenham Hotspur, malam ini, sebagai pasukan di tangga kedua selepas Manchester City menewaskan Fulham, malam tadi.
Bagaimanapun, pengendali kelahiran Jerman itu menolak sebarang tekanan dengan mengatakan kepada barisan pemainnya bahawa adalah normal untuk mereka berdepan kesukaran dalam setiap perlawanan.
"Kami akan bedepan masalah. Dalam bola sepak, anda perlu menerima yang anda akan berdepan masalah," katanya kepada akhbar United Kingdom.
"Kami sudah berdepan banyak daripadanya. Ia membenarkan kami untuk tidak berasa tertekan.
"Saya tidak berasakan tekanan itu. Kami akan terus melaluinya.
"Ayuh terus melakukannya. Jangan teragak-agak. Itu adalah perancangannya," katanya.
City kini berkelebihan satu mata di puncak liga ketika beza jaringan mereka (60) lebih baik berbanding Liverpool (52).
Namun, dengan berbaki tujuh perlawanan lagi, jurang perbezaan jaringan itu tidak lagi menjadi tumpuan Klopp.
"Anda menjaringkan gol ketika anda menjaringkan gol. Saya tidak akan mengarahkan pemain saya untuk turun menjaringkan enam gol kerana ia adalah kurang ajar.
"Saya gembira jika kami menjaringkan gol pertama dan kemudian gol kedua.
"Lagipun, kami telah menjaringkan banyak gol.
"Mereka katakan ia tidak sama seperti musim lalu, namun kami tidak tewas dalam kebanyakan perlawanan.
"Kami masih belum ditumbuk di muka seperti di Kiev, Basel atau di mana-mana sahaja seperti beberapa tahun lalu, namun kami berdepan dengan beberapa waktu sukar yang kami akan cuba untuk mengatasinya.
"Itu sahajalah yang boleh dilakukan," tambahnya.