Skip to main content

Bola Sepak

KLFA cuba rayu sekali lagi

kuala-lumpur-2018.jpg
Gembira denda dikurangkan tetapi Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) mahu melakukan rayuan sekali lagi kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kerana berasakan jumlah RM500,000 yang dikenakan masih terlalu tinggi.

Menurut Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa, beliau bersyukur dengan pengurangan denda itu atas kesalahan kelewatan pendaftaran Liga Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkemungkinan melakukan perbincangan dengan MFL jika terdapat ruang untuk melakukan rayuan kali kedua bagi mengurangkan lagi denda tersebut.

Kuala Lumpur adalah antara empat pasukan Liga Super selain Selangor, Kelantan dan PKNS FC yang dikenakan denda RM500,000, pengurangan daripada jumlah asal, RM1.5 juta.

"Kalau boleh, kami tidak mahu membuat kesilapan, namun memandangkan ia telah berlaku, kami perlu akur. 

"Cuma kami mohon kemungkinan untuk rayuan denda lebih ringan selain hukuman-hukuman lain dapat dipertimbangkan supaya pasukan tidak berasa tertekan," katanya.

Sementara itu, Nokman sedikit mempersoalkan mengenai hukuman sekatan perpindahan yang dianggapnya kurang jelas.

Beliau berharap Kuala Lumpur yang berdepan masalah teknikal sebagai punca pendaftaran sedikit lewat tidak dikenakan tindakan sedemikian.

"Saya sebenarnya masih tidak faham dengan istilah sekatan perpindahan.

"Kami akan tengok dulu dan bincangkan dengan MFL mengenai maksud sekatan perpindahan. 

"Saya harap ia diberitahu awal serta syarat-syaratnya," ujarnya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video