Skip to main content

Bola Sepak

Klausa perpindahan Umtiti kini bernilai EURO500 juta

samuel-umtiti.jpg
Samuel Umtiti menandatangani kontrak baru bersama Barcelona, termasuk dengan klausa perpindahan yang bernilai EURO500 juta (RM2.3 bilion).

Pemain kebangsaan Perancis itu memperbaharui kontrak selama lima tahun semalam selepas bersetuju dengan terma yang telah ditetapkan.

Sebahagian daripada sebab pembaharuan kontrak Umtiti adalah Manchester United dilaporkan bersedia untuk mengaktifkan klausa perpindahan pemain itu yang terdahulu hanya EURO60 juta (RM279 juta).

Setelah terlepas khidmat Neymar kepada Paris Saint-Germain (PSG), Ogos lalu, Barca tidak mahu kehilangan pemain-pemain berkualiti.

"Kami berasakan dengan klausa perpindahan ini, tiada pasukan yang akan cuba mendapatkan Umtiti," kata presiden kelab, Josep Maria Bartomeu

Umtiti berkata dia "berbangga dan gembira" kerana dapat meneruskan komitmen dan masa depan bersama gergasi Catalan itu.

"Saya agak gementar mengenai hari ini kerana berharap ia adalah satu mimpi indah yang berterusan," katanya.

"Sejak hari pertama, saya berasakan seperti di rumah, dan saya akan terus kekal untuk masa yang panjang."
 

Advertisement

Must Watch Video