Skip to main content

Bola Sepak

Klaassen mahu cipta nama di Everton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klaassen-180617.jpg
Pemain tengah Everton, Davy Klaassen, yakin akan mampu membantu majikan barunya itu dalam usaha untuk meraih tempat lebih baik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2017/18.

Klaassen berpindah ke Goodison Park dengan yuran perpindahan EUR27 juta dan pemain dari Belanda itu mahu meneruskan prestasi terbaiknya semasa di Ajax musim lalu.

“Saya gemar masuk ke kawasan kotak penalti dan agresif dalam melakukan serangan.

“Satu kepuasan apabila dapat terlibat dalam menghasilkan jaringan dan saya sentiasa mahukan kemenangan,” ujar Klaassen.

Everton menamatkan saingan musim lalu di tangga ketujuh liga dan itu menjadi titik semangat buat Klaassen untuk membawa Everton lebih tinggi.

Dia tiba di Everton pada hari yang sama penjaga gol muda, Jordan Pickford, menyertai skuad kendalian Ronald Koeman itu.

Advertisement

Must Watch Video